BOUNCER KELAB MALAM KENA TEMBAK
Anggota polis memeriksa kereta suspek utama yang ditahan di Jalan Kapitan Keling,
Butterworth, 25 Jan 2013: Seorang 'bouncer' sebuah kelab malam maut ditembak dari jarak dekat dalam kejadian di Taman Desa Murni, Sungai Dua, di sini, pada jam 4 pagi semalam.Fauzi Hussin, 24, sebelum itu dikatakan bertengkar de-ngan sekumpulan lelaki dipercayai di bawah pengaruh dadah dan alkohol di sebuah premis bekas kedai alat tulis di Lorong Desa Murni 10 yang hanya boleh dimasuki melalui pintu belakang. Polis yang menerima maklumat pada jam 5 pagi, bergegas ke lokasi dan menemui mayat mangsa yang kemudian dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ). Siasatan awal polis membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia lingkungan 40-an.
Saya tak pasti apa kerja sebenar abang, cuma saya tahu dia diarahkan mengutip hutang," Hamzah Hussin, Adik mangsa
Adik mangsa, Hamzah Hussin, berkata beliau terkejut sebaik mendapat berita kematian abangnya dan tidak menolak kemungkinan kejadian itu berkaitan hutang.
“Saya diberitahu, abang ada menghantar mesej kepada rakannya memaklumkan mahu berjumpa seseorang sebelum kejadian itu,” katanya.
Suspek utama ditahan
Sementara itu, sumber berkata, seorang lagi lelaki berusia 30-an dipercayai suspek utama kes terbabit ditahan ketika memandu bersendirian di Jalan Kapitan Keling, di sini, jam 2.30 petang semalam dengan kesan kecederaan pada tangannya dipercayai akibat pergaduhan. “Ketika ditahan, suspek dalam keadaan khayal dan sukar mengambil keterangan daripadanya. Polis tidak menolak kemungkinan dia suspek utama kes ini berdasarkan beberapa maklumat diperoleh,” katanya.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata polis percaya dapat menyelesaikan kes terbabit dengan penangkapan suspek, namun masih menyiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan untuk mengenalpasti punca kejadian.
No comments:
Post a Comment